Kita semua biasa ke farmasi untuk beli ubat, kan? Tapi tahukah anda, ada beberapa perkara penting yang perlu diberitahu pada farmasi sebelum beli ubat di komuniti farmasi? Bukan sekadar ambil ubat yang ada, tapi supaya anda lebih selamat dan ubat yang dibeli itu betul-betul sesuai dengan keadaan kesihatan. Mari kita tengok siapa golongan yang perlu dimaklumkan kepada ahli farmasi dan kenapa ianya penting. 1. Pesakit yang Menghidap Penyakit Kronik Contoh: Diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang. Kalau anda ada penyakit kronik macam diabetes atau darah tinggi, ubat yang anda ambil perlu disesuaikan. Jangan main beli je, sebab ubat tertentu boleh bertindak balas dengan penyakit yang ada atau dengan ubat-ubatan yang anda sedang ambil. Jadi farmasis boleh bantu pastikan dos atau jenis ubat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. 2. Ibu Hamil atau Menyusu Untuk ibu hamil atau yang sedang menyusukan anak, tidak semua ubat selamat diambil. Ada ubat yang boleh beri kesan buru...