Kita semua biasa ke farmasi untuk beli ubat, kan? Tapi tahukah anda, ada beberapa perkara penting yang perlu diberitahu pada farmasi sebelum beli ubat di komuniti farmasi? Bukan sekadar ambil ubat yang ada, tapi supaya anda lebih selamat dan ubat yang dibeli itu betul-betul sesuai dengan keadaan kesihatan. Mari kita tengok siapa golongan yang perlu dimaklumkan kepada ahli farmasi dan kenapa ianya penting. 1. Pesakit yang Menghidap Penyakit Kronik Contoh: Diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang. Kalau anda ada penyakit kronik macam diabetes atau darah tinggi, ubat yang anda ambil perlu disesuaikan. Jangan main beli je, sebab ubat tertentu boleh bertindak balas dengan penyakit yang ada atau dengan ubat-ubatan yang anda sedang ambil. Jadi farmasis boleh bantu pastikan dos atau jenis ubat yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda. 2. Ibu Hamil atau Menyusu Untuk ibu hamil atau yang sedang menyusukan anak, tidak semua ubat selamat diambil. Ada ubat yang boleh beri kesan buru...
Salam perkenalan dan selamat datang kepada semua yang sudi singgah ke blog saya! Saya Zul, seorang komuniti pharmacist, dan saya amat teruja untuk berkongsi dengan anda tentang semua ilmu dan info-info yang saya tahu tentang dunia ubat-ubatan dan kesihatan dengan anda. Di sini, saya ingin membawa anda lebih dekat kepada pengetahuan tentang cara menjaga kesihatan, memilih ubat yang tepat, serta tips tentang bagaimana untuk menjalani hidup yang lebih sihat. Sebagai seorang komuniti pharmacist, saya selalu bertemu dengan pelbagai orang setiap hari. Setiap orang mempunyai cerita dan keperluan kesihatan yang unik dan berbeza, dan saya sentiasa berusaha untuk membantu mereka memahami lebih lanjut tentang ubat-ubatan yang mereka ambil. Itulah sebabnya saya mencipta blog ini — untuk memberikan lebih banyak maklumat yang tepat, mudah difahami, dan berguna kepada anda. Kadang-kadang, memilih ubat yang betul atau memahami cara menjaga kesihatan boleh terasa rumit. Tapi jangan risau, di blog ini s...